Cara Mengatasi Sembelit: Petua & Susu Untuk Anak Sembelit

Updated on: 29/09/2026
Anak Menghalami Masalah Sembelit

Ramai ibu bapa akan risau apabila anak sembelit. Anak mungkin susah membuang air besar, perut tidak selesa, kurang selera makan, dan mudah meragam. Dalam keadaan ini, ibu bapa biasanya mahu tahu puncanya serta cara mengatasi sembelit yang selamat untuk anak.

Sebenarnya, masalah ini agak biasa dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Ia boleh berlaku disebabkan perubahan diet, kurang minum air, permulaan makanan pejal, atau sensitiviti terhadap susu tertentu. Dengan mengenal pasti punca lebih awal, ibu bapa boleh membantu anak kembali selesa dan aktif.

Isi Kandungan

  1. Mengapa Sistem Pencernaan Penting Untuk Kanak-Kanak
  2. 5 Punca Sembelit Pada Anak yang Ibu Bapa Perlu Tahu
  3. Apakah Tanda-Tanda Anak Sembelit
  4. Cara Atasi Sembelit Secara Semula Jadi
  5. Bagaimanakah Susu Kambing Menyokong Pencernaan
  6. Sokong Pencernaan Anak Secara Semula Jadi
  7. Soalan Lazim

Mengapa Sistem Pencernaan Penting Untuk Kanak-Kanak?

Sistem pencernaan penting untuk kesihatan kanak-kanak kerana ia membantu tubuh memecahkan makanan dan menyerap nutrien yang diperlukan untuk tenaga, tumbesaran, serta perkembangan fizikal dan mental. Apabila pencernaan berfungsi dengan baik, penyerapan vitamin dan mineral juga menjadi lebih berkesan.

Kesihatan usus juga berkait rapat dengan sistem imun kerana sebahagian besar pertahanan badan berada di situ. 

Pencernaan yang sihat dapat membantu melindungi anak daripada jangkitan, terutamanya ketika mereka sering terdedah kepada kuman di taska, tadika, atau sekolah. Sebab itu, penjagaan pencernaan anak termasuk mencegah sembelit penting untuk membantu mereka kekal sihat, aktif, dan ceria setiap hari.

5 Punca Sembelit Pada Anak yang Ibu Bapa Perlu Tahu


Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu anak sembelit

Sembelit boleh berlaku apabila najis menjadi keras atau anak sukar membuang air besar seperti biasa. Keadaan ini boleh dipengaruhi oleh pemakanan, pengambilan air dan rutin harian anak.
Antara punca sembelit pada anak yang biasa termasuk:

  1. Kurang minum air: Cecair yang tidak mencukupi boleh menyebabkan najis menjadi lebih keras dan sukar dikeluarkan.
  2. Kurang makanan berserat: Pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh yang rendah boleh menjejaskan kelancaran pergerakan usus.
  3. Perubahan pemakanan: Sembelit kadangkala berlaku apabila anak mula makan makanan pejal atau mengalami perubahan dalam diet harian.
  4. Menahan daripada membuang air besar: Sesetengah anak mungkin menahan kerana sibuk bermain, tidak selesa menggunakan tandas atau pernah mengalami sakit ketika membuang air besar.
  5. Kurang bergerak aktif: Aktiviti fizikal membantu menyokong pergerakan usus yang lebih teratur.

Mengenal pasti puncanya dapat membantu ibu bapa memilih langkah yang lebih sesuai untuk melancarkan pembuangan air besar dan meningkatkan keselesaan anak

Apakah Tanda-Tanda Anak Sembelit?

Anak sembelit merupakan masalah yang agak lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak, namun kebiasaannya ia tidak berpanjangan jika ditangani dengan betul.
Oleh kerana kanak-kanak kecil mungkin tidak tahu atau sukar untuk menyatakan apa yang mereka rasa, ibu bapa perlu peka terhadap tanda-tanda awal ketidakselesaan sistem pencernaan.
Antara tanda-tanda yang menunjukkan anak mungkin mengalami sembelit termasuk:

  1. Najis keras, kering dan sukar dikeluarkan
  2. Sakit atau menangis semasa membuang air besar
  3. Meneran, mengetap gigi atau wajah menjadi kemerahan ketika cuba membuang air besar
  4. Perut kembung atau banyak angin dalam perut
  5. Sakit perut
  6. Kurang selera makan
  7. Membuang air besar kurang daripada dua kali seminggu
  8. Anak menjadi lebih meragam atau mudah marah

Jika keadaan ini berlaku, ibu bapa perlu mengenal pasti puncanya supaya langkah awal boleh diambil untuk membantu anak.

6 Cara Atasi Sembelit Secara Semula Jadi

Berikut adalah beberapa cara hilangkan sembelit yang boleh diamalkan oleh ibu bapa untuk menyokong kesihatan pencernaan anak secara semula jadi.

1. Tingkatkan Pengambilan Serat Secara Berperingkat
Buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu anak sembelit
 

Ibu bapa boleh memperkenalkan buah dan sayur yang sesuai seperti betik, pisang, epal, atau sayur lembut dalam pemakanan harian anak. 
Tambahkan secara berperingkat supaya tidak menyebabkan perut kembung atau berangin.

2. Pastikan Pengambilan Air Yang Mencukupi
Air membantu serat berfungsi dengan lebih baik dalam sistem pencernaan. Apabila anak minum air yang mencukupi, najis akan menjadi lebih lembut dan mudah dikeluarkan. 
Penghidratan yang baik juga sangat penting di Malaysia kerana cuaca yang panas dan lembap boleh menyebabkan tubuh kehilangan lebih banyak cecair.

3. Galakkan Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal untuk kanak-kanak


Pergerakan badan membantu merangsang pergerakan usus. Kanak-kanak yang aktif biasanya mempunyai sistem pencernaan yang lebih baik. 

Aktiviti mudah seperti berjalan, berlari, bermain di taman permainan atau bermain di luar rumah boleh membantu menyokong pencernaan yang sihat dan mengurangkan risiko anak sembelit.

4. Wujudkan Rutin Waktu Makan dan Tandas Yang Konsisten

Waktu makan yang tetap boleh membantu mengawal sistem pencernaan anak. Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak pergi ke tandas selepas makan kerana pada waktu ini refleks usus biasanya lebih aktif. 

Namun, elakkan memaksa atau memberi tekanan kepada anak kerana ia boleh membuatkan mereka menahan diri untuk membuang air besar.

5. Pilih Makanan Atau Susu Yang Menyokong Pencernaan

Kajian oleh Hodgkinson et al. (2012) menunjukkan bahawa protein susu lembu boleh mencetuskan tindak balas imun dalam sesetengah kanak-kanak. 

Sebab itu, ada anak yang sensitif terhadap makanan atau susu tertentu dan mengalami ketidakselesaan pencernaan. Memilih makanan yang lebih mudah dihadam serta susu yang sesuai boleh membantu menyokong keselesaan usus dan pencernaan anak.

6. Perhatikan Corak Pencernaan Anak

Ibu bapa digalakkan untuk memerhatikan corak pencernaan anak seperti kekerapan membuang air besar, tekstur najis dan perubahan tingkah laku anak. 

Pemerhatian awal membantu ibu bapa menyesuaikan pemakanan dan rutin harian dengan lebih cepat. 

Jika masalah anak sembelit berterusan atau semakin teruk, dapatkan nasihat daripada doktor untuk memastikan rawatan yang sesuai diberikan.

Bagaimanakah Susu Kambing Menyokong Pencernaan?

Sesetengah kanak-kanak sensitif terhadap jenis susu tertentu. Memilih susu yang sesuai boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan pencernaan dan menyokong kesihatan usus anak.

Step 3 Growing-Up Formula

Step 4 Pre-School Goat’s Milk Formula

 

 

 

 

 

 

Karihome Growing-Up Formula

Susu kambing untuk kanak-kanak 1–3 tahun, menyokong pertumbuhan, otak, dan pencernaan selesa.


Step 4 Pre-School Goat’s Milk Formula

Susu kambing untuk prasekolah 3+ tahun, bantu pencernaan selesa, imuniti kuat, dan pertumbuhan sihat.


Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia secara semula jadi mengandungi beta-kasein jenis A2 dan zarah lemak yang lebih kecil, yang membantu membentuk dadih lebih lembut dalam perut. 
Beta-kasein A2 mempunyai struktur protein yang berbeza daripada A1 dan boleh lebih mudah diterima oleh sistem penghadaman sesetengah kanak-kanak, manakala oligosakarida bertindak sebagai prebiotik semula jadi yang menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus anak. 
Susu kambing mengandungi oligosakarida kira-kira 6 kali lebih tinggi berbanding susu lembu, iaitu prebiotik semula jadi yang membantu menyokong bakteria baik dalam usus, pencernaan yang lebih selesa, penyerapan nutrien, dan sistem imun anak.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang manfaatnya, baca juga artikel kami mengenai khasiat susu kambing dan kebaikan susu formula kambing.
 
Sokong Pencernaan Anak Secara Semula Jadi
Kesihatan sistem pencernaan anak boleh disokong melalui tabiat harian yang konsisten, pemakanan seimbang, pengambilan air yang mencukupi, dan pilihan susu yang mesra perut.
Langkah-langkah ini membantu anak membesar dengan lebih selesa, bertenaga, dan sihat.

Susu kambing Karihome boleh menjadi sebahagian daripada rutin harian anak, menyokong pencernaan yang lembut, menyediakan nutrisi lengkap, dan membantu pertumbuhan yang sihat setiap hari. 
Untuk maklumat lanjut mengenai manfaat susu kambing dan cara menyokong pencernaan anak secara semula jadi, hubungi Karihome hari ini.


Soalan Lazim Tentang Cara Mengatasi Anak Sembelit

1. Anak saya selalu sembelit, adakah susu menjadi puncanya?
Ya, sesetengah kanak-kanak boleh sensitif terhadap jenis susu tertentu, yang boleh memberi kesan pada pencernaan mereka.

2. Macam mana hendak tahu anak sensitif terhadap susu tertentu?
Antara tanda yang biasa diberi perhatian ialah perut tidak selesa, kembung, sembelit, atau perubahan pada corak membuang air besar.

3. Susu kambing sesuai ke untuk anak yang mudah sembelit?
Susu kambing sering dipilih kerana lebih mudah dihadam dan lebih lembut pada perut sesetengah kanak-kanak.

4. Kenapa susu kambing dikatakan lebih mudah dihadam?
Ini kerana susu kambing mempunyai beta-kasein jenis A2 dan zarah lemak yang lebih kecil, yang membantu pencernaan terasa lebih selesa.
 
5. Adakah susu kambing baik untuk kesihatan usus anak?
Susu kambing mengandungi oligosakarida, iaitu prebiotik semula jadi yang membantu menyokong bakteria baik dalam usus.
 
6. Boleh ke tukar susu anak untuk bantu kurangkan ketidakselesaan perut?
Boleh, tetapi pemilihan susu yang sesuai sebaiknya dibuat mengikut keperluan dan keadaan pencernaan anak.
 
7. Adakah semua anak sesuai minum susu kambing?
Setiap anak berbeza, jadi penting untuk melihat kesesuaian dan tindak balas tubuh anak selepas pengambilan.
 
8. Bila ibu bapa perlu lebih peka tentang masalah pencernaan anak?
Apabila anak kerap tidak selesa, susah membuang air besar, atau menunjukkan tanda pencernaan yang berulang.
Sample
Request