News
Articles
2021/04/21
Adakah susu kambing tidak sesuai untuk anak anda?

 

 

Syukur pada zaman sekarang, ibu bapa kini mempunyai pelbagai alternatif untuk apa sahaja yang berkaitan dengan tumbesaran anak-anak. Ini termasuklah susu dan susu formula, yang kini didapati dalam pelbagai jenis dan perisa untuk memenuhi keperluan diet si manja.

Sebenarnya, sebagai seorang ibu, kita sering terdedah kepada pelbagai khasiat susu, termasuk susu kambing. Namun, susu kambing kurang menjadi pilihan ramai ibu bapa buat anak mereka kerana kita sendiri tidak membesar dengan meminumnya.

Walau bagaimanapun, anda jangan terus buat kesimpulan sendiri ya. Bertentangan dengan pendapat popular atau tanggapan yang salah, sebenarnya telah terbukti secara saintifik bahawa susu kambing mengandungi banyak kebaikan, ​​terutamanya untuk anak-anak yang berumur antara 1 hingga 3 tahun.

 

Jadi jom kita ketahui mengapa anda harus memilih formula susu kambing untuk anak-anak anda.

 

1. Proses Pencernaan

 

 

Formula susu kambing lebih mudah untuk dicerna berbanding susu lembu kerana saiz dan struktur molekul lemaknya yang lebih kecil. Saiz molekul lemak yang terdapat dalam susu kambing adalah 1/3 lebih kecil daripada susu lembu, dimana ia menjadikan susu kambing lebih mudah untuk dihadam untuk anak kecil. Apabila susu mencapai perut, protein di dalam susu bertindak balas dengan asid perut untuk membentuk gumpalan (curd). Protein susu kambing membentuk gumpalan yang lebih lembut dan ringan, menjadikannya mudah dihadam. Oleh sebab itu, rumusan susu kambing amat sesuai untuk kanak-kanak dimana sistem pencernaan mereka masih muda dan sedang membesar.

 

2. Kurang Alergenik

 

 

Protein yang terkandung dalam susu kambing tidak alergenik seperti protein dalam susu lembu. Malangnya, kebanyakan anak kecil mempunyai alahan tenusu dikaitkan dengan Alpha s1 Casein, sejenis protein yang terdapat dalam susu lembu yang menjadi punca masalah pencernaan protein. Ia juga terkandung dalam susu kambing, namun kuantitinya lebih sedikit berbanding dalam susu lembu. Jadi ia dapat mengurangkan risiko alahan kepada penggunanya.

 

3. Tahap Pemprosesan

 

 

Susu kambing kurang melalui tahap pemprosesan berbanding produk tenusu biasa, termasuklah susu lembu. Dalam erti kata lain, produk susu kambing ini mengandungi bahan pengawet atau gula tambahan yang sedikit.

 

4. Sumber protein

 

Berbanding susu lembu, susu kambing dianggap sebagai sumber protein yang baik dan dapat memberikan lebih banyak kalsium dan selenium.

 

 

Berikut adalah kelebihan minum susu kambing untuk kesihatan:

 

1. Meningkatkan kesihatan jantung

 

Susu kambing merupakan sumber magnesium yang baik. Magnesium merupakan mineral yang baik untuk jantung. Magnesium membantu untuk mengekalkan denyutan jantung normal dan juga menghalang pembentukan darah beku. Magnesium juga berfungsi bersama vitamin D, yang juga merupakan nutrisi penting untuk jantung.

Susu kambing juga mengandungi banyak kalium. Ia merupakan mineral yang berperanan dalam mengawal dan mengatur tekanan darah. Maka secara tidak langsung ia menjadikan jantung lebih sihat.

 

2. Menyokong sistem imun

 

 

Sistem imuniti anak kecil belum berkembang sepenuhnya sehingga mereka berusia 5 tahun. Keadaan tersebut boleh mendedahkan anak kecil dengan pelbagai jangkitan. Kandungan selenium dan nutrien lain dalam susu kambing boleh membantu meningkatkan daya tahan mereka.

 

3. Tulang kuat dan sihat

 

 

Susu kambing mempunyai jumlah kalsium yang tinggi. 1 cawan susu kambing membekalkan sebanyak 327 miligram kalsium. Jumlah kalsium ini adalah lebih tinggi berbanding dengan 1 cawan susu lembu. Susu kambing juga kaya dengan Vitamin D, iaitu sebuah nutrien yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh, dan seterusnya membantu menguatkan tulang.

Susu kambing juga mempunyai protein yang bernama CSN1S2, yang bertindak sebagai agen anti-osteoporosis.

Susu kambing adalah sumber kalsium yang baik. Di samping itu, ia juga mengandungi asid amino, disebut sebagai triptofan yang membantu menguatkan tulang.

 

4. Mengurangkan Keradangan

 

Walaupun sebelum populariti secara mendadak bagi formula susu kambing, ia diketahui umum sebagai kurang menghasilkan keradangan. Ini kerana susu kambing kaya dengan vitamin A, vitamin C dan vitamin E semulajadi yang penting dalam menyelaraskan sistem imun kita dan mengurangkan keradangan. Dan menurut kajian lain, susu kambing mengandungi prebiotik semulajadi yang dapat mengurangkan keradangan usus dan dengan secara tidak langsung menjadikan sistem pencernaan yang lebih sihat.

 

5. Penyelesaian untuk intoleransi laktosa

 

Laktosa adalah gula yang berhasil secara semulajadi dalam susu haiwan seperti susu kambing, susu lembu dan susu kambing biri-biri. Walau bagaimanapun, susu kambing mengandungi laktosa lebih rendah berbanding susu lembu dan oleh itu, ia sesuai diambil buat mereka yang mempunyai intoleransi laktosa yang sederhana. Gejala intoleransi laktosa biasanya tidak serius tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan seperti kembung perut, loya dan cirit-birit.

 

KARIHOME Formula Susu Kambing Terbaik!

 

Karihome merupakan susu kambing berkualiti tinggi ekoran penghasilannya melalui prosedur yang ketat bermula daripada pengumpulan susu di ladang hingga ke pembuatan akhir iaitu pembungkusan produk.

Karihome juga diproses dengan teliti bagi mengekalkan kekayaan kandungan semula jadi susu kambing seperti asid lemak tidak tepu, nutrien semula jadi dan vitamin.
 

Ia dihasilkan di ladang sendiri di New Zealand dengan sistem ragut bebas yang unik. Hal itu membolehkan susu yang dihasilkan kambing kaya dengan kandungan bioaktiviti semula jadi seperti asid linoleik konjugat, kasein fosfopeptida, asid sialik dan nukleotida.

 

Adakah anda berminat untuk mencuba Susu Kambing Karihome?

boleh klik pada link ini : 

https://www.karihome.com.my/ms-MY/sample/index

 

Akhir Kata

 

 

Pemilihan susu kambing untuk anak mungkin penyelesaian bagi anak yang mempunyai masalah intoleransi laktosa, kurang berat badan dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun pun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan dan nasihat doktor atau pakar pediatrik terlebih dahulu.

 

Back