News
Articles
2021/04/21
Cara mengatasi masalah sembelit kanak-kanak

 

 

Hampir semua orang pernah mengalami sembelit dan ianya turut merupakan masalah biasa yang dihadapi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami sembelit mungkin mempunyai najis yang keras, kering, dan sukar atau menyakitkan. Keadaan ini mungkin berlaku setiap hari atau kurang kerap. Walaupun sembelit boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan, ia biasanya satu keadaan yang bersifat sementara dan boleh dirawat.

 

Tanda-tanda anak anda mungkin mempunyai masalah sembelit.

 

 

 

 

Lazimnya, seorang kanak-kanak dikatakan mengalami sembelit sekiranya kekerapan membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu (atau kurang daripada biasa). Malah, masalah sembelit dalam kalangan kanak-kanak turut berlaku disebabkan makanan tertentu yang dimakan selepas makanan pepejal diperkenalkan.

 

Selain itu, mereka mungkin menunjukkan kombinasi simptom-simptom lain seperti:

 

1. Buang Air Besar

Kekerapan kanak-kanak akan membuang air besar pada setiap hari akan ada turun naik, terutama apabila anda memperkenalkannya makanan baru. Jika anak anda tidak membuang air besar selama beberapa hari dan kemudian mempunyai najis yang keras, ia kemungkinan petanda mereka mengalami sembelit.

Sembelit bukan sahaja bergantung kepada jumlah kekerapan membuang air besar, tetapi juga kepada keadaan najis itu juga.

 

2. Darah

Sekiranya anda terlihat garis-garis darah merah di atas najis anakk anda, ia adalah kerana kanak-kanak mengalami kesukaran ketika proses membuang najis dan menyebabkan luka di sekeliling dinding dubur.

 

3. Perut Keras

 

 

 

 

Perut keras boleh menjadi tanda sembelit. Kembung dan tekanan yang disebabkan sembelit boleh menyebabkan anak anda cepat berasa kenyang. Selain itu, mereka juga mengalami sakit pada bahagian abdomen seperti sakit perut, kekejangan atau loya.

 

4. Tidak mahu makan

Kehilangan selera pada anak anda mungkin disebabkan ketidakselesaan yang dihadapinya. Malah perut yang kembung juga boleh menyebabkannya tidak mahu makan.

Selain daripada simptom-simptom di atas, anda juga dapat melihat bahawa anak anda menyilang kakinya, riak wajah tidak menyenangkan, meregang, menepuk punggungnya, atau memusingkan tubuhnya di atas lantai.

 

Punca masalah sembelit

 

 

 

 

Sembelit paling biasa berlaku apabila bahan buangan atau najis bergerak terlalu perlahan melalui saluran penghadaman, menyebabkan najis menjadi keras dan kering.

Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada sembelit dalam kanak-kanak, termasuk:

 

Pemakanan punca menyebabkan masalah sembelit

 

 

 

 

Selain daripada punca-punca di atas, pemakanan memainkan fungsi yang penting dalam kesihatan anak anda, terutama semasa tahun-tahun terawal kehidupannya. Sesetengah jenis makanan tertentu boleh menyebabkan sembelit dalam kalangan kanak-kanak.

 

Makanan Manis

Gula-gula, biskut, dan snek adalah antara makanan manis yang digemari oleh kanak-kanak. Jenis-jenis makanan sebegini selalunya mengandungi amaun gula yang banyak dan juga kurang fiber (serat). Tambahan pula, gula-gula juga dianggap menjadi penyebab anoreksia dan obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Jadi, anda perlu (dan mesti) mengehadkan makanan manis dalam diet anak anda.

 

Produk susu dan tenusu

Mentega, keju, krim, dan produk tenusu lain menyediakan amaun kalsium dan vitamin D yang banyak untuk perkembangan tulang kanak-kanak. Akan tetapi, jenis makanan ini juga boleh menyebabkan sembelit jika kanak-kanak mengambilnya secara berlebihan.

Ini kerana susu dan produk tenusu selalunya mengandungi amaun gula yang tinggi dan serat yang amat sedikit. Bagi mendapatkan kesan yang elok dengan pengambilan produk tenusu, ambilnya dalam kuantiti yang sederhana.

 

Pisang

Pisang ialah salah satu buah-buahan yang berkhasiat dan banyak manfaat. Pisang mengandungi banyak vitamin serta nutrien. Namun, kanak-kanak yang masih belum matang sistem penghadamannya, akan mengalami sembelit jika mengambil terlalu banyak pisang. Anda boleh memberikan anak anda sebiji pisang pada selang 2-3 hari sekali.

 

Jika anak anda mengalami sembelit, strategi-strategi berikut boleh membantu:

 

1. Sediakan banyak sayur dan buah segar (seperti prun, aprikot, dan pir), bijirin tinggi serat, roti penuh gandum, dan pelbagai jenis kekacang. Makanan yang mengandungi probiotik, seperti yogurt juga boleh merangsang kesihatan penghadaman. Asid lemak omega-3 juga terkenal sebagai sumber perangsang usus yang sihat (cth. sardin, kacang walnut, dan kacang soya).

2. Galakkan aktiviti fizikal seperti melakukan sekurangkurangnya 60 minit senaman berintensiti sederhana sehari (contohnya berjalan pantas, berlari, atau berbasikal). Untuk kanak-kanak, mereka boleh mendapatkan lebih senaman dengan memberikan lebih masa untuk berbaring secara meniarap (“tummy time”) atau anda boleh membantu melakukan urutan lembut pada perut mereka. Aktiviti fizikal akan membantu pergerakan usus.

 

Susu Kambing Karihome

 

 

Susu formula Karihome adalah sangat bangus untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah sembelit. Ini kerana saiz protein susu kambing 1/3 lebih kecil berbanding susu lembu. Jadi ialah lebih mudah dan cepat untuk dihadam oleh kanak-kanak

Karihome juga mengandungi prebiotik dan probiotik yang boleh meningkatkan kesihatan usus kepada kanak-kanak. Protein susu kambing juga lebih kecil berbanding susu lembu, maka ia lebih mudah untuk dicerna.

 

Akhir Kata

 

 

 

 

Diet yang sihat dan seimbang bukan sahaja membantu mempertingkatkan kesihatan penghadaman, ia juga membantu membekalkan nutrisi yang optimum, mengekalkan berat badan dan meningkatkan kesihatan keseluruhan anak anda. Malah, ia juga membantu mencegah permulaan penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, obesiti, dan kegagalan buah pinggang.

 

Masalah sembelit yang kronik boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius tetapi ianya jarang berlaku. Harus diingatkan bahawa, kanak-kanak kecil selalunya tidak boleh menerangkan apa yang mereka rasa. Oleh itu, tidak kira apa pun simptom yang dialami oleh mereka, sila hubungi doktor anda dengan segera sekira ianya merisaukan anda.

Back