News
Articles
2021/04/21
Garis Panduan Untuk Menyediakan Makanan Pejal Untuk Kanak-Kanak

 

 

Memperkenalkan makanan pejal kepada si manja anda sudah pasti merupakan salah satu perkara yang sangat ditunggu-tunggu oleh ibu bapa semasa tahun pertama si kecil. Pelbagai jenis tekstur dan rasa makanan perlu dicuba oleh si kecil pada masa akan datang dan makanan pejal merupakan langkah pertamanya!

 

Perkembangan setiap kanak-kanak, dari zaman kanak-kanak ke zaman dewasa, sangat bergantung kepada pemakanan yang baik. Tempoh dari lahir hingga ke usia 2 tahun merupakan fasa yang paling kritikal di dalam kehidupan seorang kanak-kanak dan pemakanan yang baik sangat penting untuk menyokong tumbesaran serta perkembangan yang optimum.

 

Sebagai ibu bapa, sila galakkan anak anda untuk mencuba makanan yang baru. Ini akan membuat mereka kebiasaan pada diri mereka apabila menginjak usia dewasa kelak. Persoalannya, bila ibu bapa boleh mula beri si manja makanan pejal? adakah terdapat panduan umur yang spesifik?

 

Bila si manja perlu mula makan makanan pejal?

 

 

 

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mencadangkan anda untuk memperkenalkan makanan pejal kepada kanak-kaanak sekitar usianya 4 hingga 6 bulan. Ini kerana pada ketika ini, sistem pencernaan si manja mungkin sudah berkembang ke tahap yang membolehkan ia memproses pelbagai jenis makanan yang diberikan kepada mereka. Dalam beberapa kes, ibu bapa juga sebenarnya boleh mula memperkenalkan makanan pejal sedikit lewat dari usia yang sepatutnya iaitu sekitar usia bayi 7 bulan.

 

 

Memperkenalkan makanan pejal terlalu awal bukan idea yang baik kerana ia akan mengakibatkan pelbagai isu kesihatan kepada si manja. Walau bagaimanapun, menunggu sehingga 8 atau 9 bulan juga adalah terlalu lewat. kanak-kanak di bawah usia 6 bulan yang disusui ibu sepenuhnya akan memperolehi semua keperluan tenaga mereka daripada susu ibu. Namun apabila bayi mula mencecah usia 12-23 bulan, keperluan tenaga yang mereka terima dari susu ibu hanya memberikan 35 -40% sahaja, jadi mereka memerlukan makanan pejal untuk memenuhi nutrisi harian yang mereka perlukan.

Tabiat pemakanan bayi amat sukar untuk diubah pada ketika ini. Secara amnya, si kecil anda sudah bersedia untuk mula makan makanan pejal apabila mereka berupaya untuk melakukan perkara seperti berikut:

 

 

Memfokuskan kepada daging, bijirin, kekacang dan sayur-sayuran.

 

 

 

Berikan anak anda pelbagai makanan yang mengandungi kandungan nutrient yang tinggi. Makanan seperti daging, ayam, telur atau ikan perlu dimakan setiap hari atau sekerap mungkin. Diet vegetarian semata-mata tidak sesuai untuk kanak-kanak pada usia yang muda ini melainkan mereka turut diberi suplemen nutrien tambahan.

Telur dan ikan merupakan pilihan yang baik. Kekacang juga mengandungi protein dan zat besi. Anda boleh memperkenalkan lentil, kacang kuda atau kacang tanah kepada si kecil anda. Buah-buahan tidak akan memberi anak anda nutrisi yang banyak namun dapat membekalkan kandungan air dan gula yang tinggi.

 

Anda juga boleh memberikan anak anda sajian bijirin dua kali sehari untuk memastikan si kecil anda mendapatkan zat besi yang cukup. Produk tenusu seperti keju dan yogurt juga sebenarnya boleh dihidangkan namun dalam amaun yang sedikit sahaja.

 

 

 

Selain itu anda juga boleh beri sayur-sayuran seperti lobak merah, bayam atau brokoli dan buah-buahan kaya vitamin A seperti betik, mangga atau tembikai setiap hari. Kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat mengingati rasa makanan yang ibu mereka makan semasa sedang hamil. Sebagai contoh, bayi berumur 3-10 bulan yang ibunya gemar minum jus lobak pada trimester terakhir kehamilan atau ketika menyusui anak lebih cenderung untuk menunjukkan minat terhadap bijirin yang diperbuat daripada jus lobak berbanding bahan yang lain.

Pun begitu, tidak terdapat sebarang jaminan jika si ibu gemar makan sayur brokoli, anaknya juga akan menyukainya. Semakin banyak dan pelbagai makanan sihat yang anda berikan kepada mereka, lebih besar peluang untuk anak anda membesar dengan sihat. Elakkan daripada memberi minuman yang bernutrien rendah seperti teh, kopi atau minuman bergula seperti sirup atau minuman ringan berkarbonat.

 

Cara memberi makanan pejal kepada si manja

 

Untuk permulaanya, kanak-kanak berusia 6 bulan dan kebawah perlu disuap makanan kepada mereka manakala kanak-kanak yang lebih besar pula boleh dibantu untuk belajar makan sendiri. Bersabar dan galakkan anak anda makan tanpa paksaan. Jika anak anda menolak makanan yang biasa, cuba pula kombinasi-kombinasi makanan lain.

Anda perlu mulakan dengan memberi makanan dalam kuantiti kecil apabila anak anda berusia 6 bulan dan tingkatkan kuantiti yang diberi apabila dia semakin besar. Sebagai tambahan kepada susu ibu, kanak-kanak yang berusia 6-8 bulan perlu mendapatkan tenaga daripada makanan pejal setiap hari sebanyak lebih kurang 200 kkal, manakala kanak-kanak berusia 9-11 bulan memerlukan 300 kkal, dan keperluan seorang kanak-kanak yang berusia 12 -24 bulan meningkat kepada 550 kkal.

Peningkatan kalori secara beransur-ansur boleh dicapai dengan memberi makanan tambahan seperti bubur nasi dan sayur-sayuran pada setiap waktu makan. Sebagai contoh, 100 kkal adalah sekurang-kurangnya 1 cawan bubur nasi kosong, 1 keping roti atau 1 pisang sederhana.

Tingkatkan secara beransur-ansur kekerapan bayi anda makan. kanak-kanak berusia 6-8 bulan boleh diberi makan sebanyak 2-3 kali sehari. Kemudian, antara usia 9-11 bulan, tingkatkan kekerapannya kepada 3-4 kali sehari, dan apabila berusia 12-24 bulan pula boleh diberi snek berkhasiat tambahan sebanyak sekali atau dua kali sehari.

 

Amalkan kebersihan ketika menyediakan makanan untuk anak anda. Sentiasa cuci tangan sebelum menyediakan makanan dan juga sebelum makan. Gunakan perkakas, cawan dan pinggan mangkuk yang bersih. Jangan guna bekas minuman yang sukar dicuci. Akhir sekali, simpan makanan di tempat yang sesuai dan bersih, contohnya seperti bekas kedap udara, peti sejuk atau kabinet dapur.

 

 

Biar si manja menentukan amaun makanan pejal mereka

 

 

Anda perlu berhati-hati dengan tidak memberikan mereka terlalu banyak makanan dalam satu masa. Anda boleh memberikan mereka makanan yang baru hanya sekali dalam masa tiga hari. Ini dapat mengelakkan si kecil anda daripada menjadi keliru selain membuat anda dapat mengenalpasti masalah pemakanan yang dialami oleh si kecil.

Biarkan si manja anda sendiri menentukan amaun makanan mereka. Memandangkan mereka mempunyai mekanisme yang dapat mengesan kelaparan dalam diri mereka sendiri, mereka dapat mengenalpasti jumlah kalori yang diperlukan tanpa sebarang bantuan.

 

 

Akhir kata

 

Paksaan sama sekali tidak akan berkesan untuk membuat mereka makan, ia hanya akan mengakibatkan masalah pemakanan yang serius buat mereka apabila menginjak usia dewasa kelak. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Oleh itu, reaksi mereka terhadap makanan juga adalah berlainan. Jadi, bersabarlah. Ia adalah kunci utama dalam proses memperkenalkan makanan pejal kepada si kecil.

Back